MENGENAI KAMI

OBJEKTIF

  1. Membina dan meningkatkan kemahiran dan kepakaran serta profesionalisme dalam bahasa dan sastera Melayu;
  2. Membina dan meningkatkan kemahiran, kepakaran dan profesionalisme dalam bidang penerbitan sebagai usaha untuk memperkaya kepustakaan Melayu dengan karya-karya yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia;
  3. Membina dan meningkatkan kemahiran penulisan, kepengarangan dan profesionalisme bagi menghasilkan karya agung serta menggilap tokoh karyawan dalam pelbagai bidang, khususnya bidang kebahasaan dan kesusasteraan dalam bahasa Melayu;
  4. Mewujudkan program ulang kaji bagi meningkatkan dan memperkemas penguasaan dan pengetahuan peserta sesuai dengan perkembangan ilmu bahasa, sastera dan penerbitan yang mutakhir;
  5. Mewujudkan kerjasama antara pakar bahasa, sastera, dan penerbitan di IPT tempatan dan di luar negara dan dalam kalangan negara anggota MABBIM dan MASTERA melalui aktiviti latihan seperti persidangan, seminar, forum, pertukaran pakar, lawatan sambil bekerja dan pertukaran pelajar.

VISI

Menjadi pusat latihan bahasa, sastera dan penerbitan yang profesional serta unggul di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

MISI

  1. Menyelenggarakan kursus bahasa, sastera dan penerbitan yang professional;
  2. Menunjang pelaksanaan pengajaran bahasa, sastera dan penerbitan dalam usaha mengembangkan bahasa, sastera dan penerbitan;
  3. Mewujudkan jalinan kerjasama dengan badan-badan bahasa, sastera, penerbitan di dalam dan di luar negara.

FUNGSI

  1. Menjadi pusat latihan untuk karyawan DBP dan karyawan di luar DBP yang bergiat dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan;
  2. Melahirkan lebih ramai karyawan yang terlatih secara profesional dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan;
  3. Membantu mempercepat usaha DBP untuk memenuhi keperluan memasyarakatkan penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu yang betul dalam semua bidang dalam kalangan rakyat dan penutur bahasa, sama ada di dalam mahupun di luar Negara;
  4. Melaksanakan lebih banyak kursus secara tetap untuk karyawan dalam industri penerbitan, pegawai awam, khususnya dalam sektor pendidikan, pencinta bahasa dan sastera, serta staf DBP sendiri.

ILTIZAM

Menyediakan kursus dan latihan dalam tempoh pembelajaran yang anjal serta sekitaran yang kondusif untuk semua sektor dan peringkat. Kursus ditawarkan untuk memenuhi dan mengikut keperluan pelanggan.